Wednesday, July 29, 2009

KENANGAN TERINDAH

Kenangan terindah tidak mungkin dilupa. Justeru diabadikan di sini nama-nama pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan–Exxonmobil sejak tahun 2005 yang diraih warga Kepezi sebagai suatu pendokumentasian.

Tahun 2005
1. Kategori Cerpen Dewasa: (Penghargaan)
Siti Salbiah Radhuan (Tiras R.) - Kidung Akarku
Amaruszati Noor Rahim - Osamosis

2. Dinilai sampai ke peringkat akhir:
Mawar Shafei - Cinta Mulia
Ibnu Ahmad al-Kurauwi - Dua Lewat Taubat
Nisah Haji Haron - Fata Morgana Akhir Musim Yuda
Faisal Tehrani - Imam Muhaimin di Kaherah
Serunai Faqir - Syarah Perang Yang Terpinggir
Hanisah Othman - Ular Sawa

1 . Kategori cerpen remaja: (Penghargaan)
Zaharah Nawawi - Gadis Bunga Di Tasik Dal
Zaharah Nawawi - Mergastua Dan Kotak Batu
Faisal Tehrani - Ratu Kosmetik

2. Yang dinilai sampai ke peringkat akhir:
Haryati Abu Nasir - Kuih Kukus Talam Suji
Faisal Tehrani - Moga Umpama Aturrajah
Siti Jasmina Ibrahim - Rick Lamazaya

Tahun 2006
1. Kategori cerpen remaja: Pemenang utama
Khairunnasriah Abdul Salam Sehijau Bakau Seteguh Cinta

Penerima Hadiah Penghargaan:
Mohd. Ali Atan – sahabat Kepezi @ SK - Cahaya Ogos

2. Kategori cerpen Dewasa: Pemenang Utama
Amaruszati Noor Rahim - Batu Bukit Batu Sungai

Penerima hadiah penghargaan:
Faisal Tehrani - Ingin Jadi Nasrallah
Serunai Faqir - Lagenda Kuda Hitam
Zaharah Nawawi - Sebatang Besi Buruk

+ Karya yang sampai ke peringkat akhir penilaian :

Shadiya Abbas Namuus



Tahun 2007
1. Kategori Remaja: Pemenang Utama
Khairunnasriah Abdul Salam - Banglo Kolonial di Lot 152

2. Penerima Hadiah Penghargaan
Khairunnasriah Abdul Salam - Selamat Kembali Nurul Merdeka
Siti Aminah Mat (Tie Camar) @ SK: - Kalendar Baru Abang

2. Kategori Dewasa: Pemenang Utama:
Faizati Mohd Ali - Warna

Hadiah Penghargaan:
Zaharah Nawawi - Laut Tetap Bergelora
Serunai Faqir - Jihad Sang Hamba


+ Karya yang dinilai hingga ke tahap peringkat akhir:
1. Mawar Shafei - Petala Rengsa Dalam Dada
2. Tie Camar - 80 Sen Untuk Mike
3 W.B Rendra - Sejambak Lavender dan Stanza Cinta
4. W.B Rendra - Seusai Lima Dasawarsa
5. Ibnu Ahmad Al Kurauwi - Al-Qadar Buat Angkasawan Di Bumi
6. Rozais Al-Anamy - Sayap
7. Nassury Ibrahim @ SK - Gurkha

• Catatan:
SK = Sahabat Kerpezi

4 comments:

sofi said...

Assalamualaikum saudara,
Saya mempunyai minat untuk menulis namun cita-cita itu bagaikan tidak tergapai kerana hidup ini meletakkan harga yang mahal bagi sebuah pengorbanan. Ikhlas bertanya, untuk menyertai bengkel kepezi ada had umur ke? Untuk membandingkan diri dengan kalian, saya rasa diri ini terlalu tua, julai ini genaplah 37 tahun usia! Rasanya penyertaan bengkel dah tutup ya?

KELAB PENULISAN ZAHARAH NAWAWI said...

Saudara Sofi yang dihormati;

maaf kami baru terbaca pesanan saudara. Kelab Penulis Zaharah Nawawi tidak meletakkan sebarang had umur untuk penyertaan bengkel ini. bahkan kami pernah menerima penyertaan daripada individu yang berumur lebih 37 tahun, dan ada yang sudah bersara.

kami sarankan anda rujuk blog ini dari semasa ke semasa untuk melihat jadual bengkel penulisan KEPEZI yang seterusnya. Tentu sekali kami mengalu-alukan penyertaan anda dalam bengkel akan datang.


salam hormat; KEPEZI

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara,
dengan rendah hati ingin saya bertanya, apakah laluan untuk menjadi seorang penulis? jika islam bertunjangkan aqidah, berpaksikan syariat, bagaimana pula dengan dunia penulisan?bagaimana utk mengetahui bhwa diri ini sudah layak memasuki ruang penulisan?

Nur in Islam said...

Assalamualaikum saudara,
saya berminat dalam arena penulisan. saya mempunyai beberapa cerpen yang hendak dihantar kepada media arus perdana atau majalah-majalah. namun begitu, saya tidak mengetahui sejauh mana kualiti cerpen saya tersebut. saya juga cetek pengalaman dan pengetahuan tentang format dan idea serta tema yang perlu ada dalam sesebuah cerpen. dengan rendah hati ingin saya bertanya, adakah mempunyai saluran supaya cerpen saya dapat dinilai sebelum dihantar ke media arus perdana atau sebagainya?