Friday, June 19, 2009

TAHNIAH AHLI KEPEZI YANG MEMENANGI HSKU 2008

Tahniah atas kemenangan yang disampaikan esok 19 Jun 2009 dalam majlis HSKU-Exxon Mobil 2008 di Istana Budaya

Nemo Kecil (Dr Mawar Shafei,) moderator Kepezi On Line (kool2oo4) , Al Kalbu (Ibnu Ahmad Al Kurauwi), Zana (Zanazanzaly,) Salman Sulaiman, SF (Serunai Faqir) dan Min (Aminah Mokhtar)

Tahniah setinggi-tingginya atas kejayaan anlian memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan/Exxon Mobil bagi tahun 2008. Tahniah, tahniah, tahniah. Teruskan langkah bergaya anda.


Tahniah juga kepada warga Kepezi yang karyanya melepasi beberapa saringan. Nama-nama ini dicatat dalam Buku Pemenang Cerpen dan Puisi bagi kategori dewasa dan remaja HSKU-Exxon Mobil 2008 di Istana Budaya, sebagai karya yang sama-sama dinilai untuk disenaraipendekkan dan dibawa Ke peringkat Akhir.

Kategori Dewasa

1. Apabila Alam Berbicara (Rozais Al –Anamy) 2. Cahaya dari Batu (Zawan Baba) 3. Cermin Bawah Jambatan (Zaharah Nawawi) 4. Dewangga Rohani (Serunai Faqir) 5. L(A)genda Setelah Setengah Windu (WB Rendra) 6. Raja Sembur (Nassury Ibrahim - sahabat Kepezi)

7. Terkilan (Zamidah Hashim)

Kategori Remaja

1. Kepulangan Syawal (Akhi Masrawi) 2. Khatimah Sebuah Ekstradisi (Nasriah Abdul Salam) 3. Rindu Ini Cikgu (Zaid Akhtar)

Catatan*

Ahli Kepezi - ialah penulis yang pernah mengikuti bengkel KEPEZI bimbingan Zaharah Nawawi dengan membayar yuran. Peserta begini diberi taraf ahli tanpa perlu membayar apa-apa yuran lagi sebagai Ahli Kelab.

Sahabat Kepezi – ialah penulis yang pernah mengikuti bengkel KEPEZI atas tajaan penganjur contohnya bengkel penulisan cerpen anjuran DBP di bawah bimbingan Zaharah Nawawi. Terdapat juga penulis yang tidak menyertai mana-mana bengkel tajaan namun diundang khusus menjadi sahabat Kepezi oleh Presiden Kepezi sendiri dengan persetujuan moderator, atas rasa hormat, ingin berkongsi pengalaman dan pemikiran dengan warga Kepezi. Sahabat Kepezi yang kemudian menyertai bengkel Kepezi berbayar akan diiktiraf sebagai Warga Kepezi.

Thursday, June 18, 2009

Bengkel Penulisan Cerpen KEPEZI 3-2009


“Jika seseorang sudah mencapai tahap membaca yang tinggi, secara semula jadi akan terpanggil untuk memindahkan ilmu pengetahuan yang didapatinya dalam bentuk penulisan.”(Hamka)


RAMAI penulis boleh mencipta karya kreatif sama ada cerpen mahupun novel, namun tidak ramai penulis mempunyai ilmu penulisan yang baik. Penulis yang bagus dan berjaya ialah penulis yang berilmu tentang apa yang hendak dihasilkan.

Bagi tujuan melengkapkan penulis sepenuhnya dengan ilmu penulisan juga kemahiran penyuntingan, Kepezi (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dengan kerjasama DBP akan mengadakan bengkel penulisan karya kreatif.

Maklumat lanjut seperti berikut:

1. Jenis bengkel: Penulisan karya kreatif

2. Tarikh: 01 dan 02 Ogosr 2009 (Sabtu dan Ahad)

3. Tempat: Dewan Bahasa dan Pustaka, KL

4. Penganjur: Kepezi

5. Waktu: dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang (bagi kedua-dua hari)

6. Makan Minum: Disediakan

7. Peserta: Terbuka kepada semua peringkat usia

8. Pembimbing: Zaharah Nawawi dan Mawar Shafei

9. Jumlah peserta: antara 20 orang

10. Penginapan: Tidak disediakan

11. Setiap bakal peserta dikehendaki menyediakan cerpen sepanjang 8 halaman ditaip lengkau 2 baris dan menggunakan jenis huruf Times New Roman. Hantar cerpen melalui e-mel kepada nemoku@tm.net.my selewatnya pada 24 Julai 2009

Keterangan lajut menyertai bengkel ini sila berhubung melalui e-mel kepada nemoku@tm.net.my tel: 016-255 7030, 03-5635 3733 Sila sertakan nama dan alamat penuh, no telefon, e-mel serta no kad pengenalan sebelum 24 Julai 2009

* Peserta yang mendaftar awal akan diutamakan.

* Sebarang perubahan tarikh dan tempat, akan dimaklumkan kepada bakal peserta melalui e-mel peribadi, kol2004, http://kepezi.blogspot.com/ juga cara-cara lain termasuk sms.

* Setiap peserta yang mengikuti bengkel ini secara automatik akan jadi ahli Kepezi yang tidak perlu membayar sebarang yuran tanpa tempoh masa.





Kreadit gambar: http://nmsu.edu