Monday, September 8, 2008

KENALI PENGASAS KEPEZI - ZAHARAH NAWAWI


ZAHARAH NAWAWI anak kelahiran Kampung Parit Jawa, Mukim Empat, Batu Pahat Johor (5 Mei 1940) membesar dan memungut pengalaman di luar kampung halaman. Mulai mengasah bakat di bidang penulisan sejak berusia 12 tahun, dan semenjak itu tidak pernah berhenti menulis sehingga kini.

Pencapaian tertinggi yang diraih hasil penat lelah menulis ialah menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) pada September 1996 di Bangkok, Thailand. Dan Hadiah Karyawan Sastera Johor, Hadiah Sastera Johor Darul Ta’zim (1999).

Dari 1997 hingga 1998, Zaharah menjadi Karyawan Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menyiapkan buku proses kreatifnya berjudul Merentas Laluan.



Pernah berkhidmat di Utusan Melayu sebagai wartawan di Mingguan Malaysia dan Anggota Sidang Pengarang majalah WANITA -- dari 1968 hingga 1976. Jawatan terakhir Zaharah di Utusan ialah sebagai Ketua Redaksi majalah MASTIKA dari 1975-1976.

Setelah meninggalkan Kumpulan Utusan, Zaharah berkhidmat pula di Berita Publishing, (anak syarikat Kumpulan The New Straits Times) dari 1976 hingga 1985. Jawatan terakhirnya di sana ialah sebagai Editor Umum Penerbitan Berbahasa Malaysia (Editor General Bahasa Publications) yang merangkumi semua penerbitan majalah serta buku berbahasa Melayu di Berita Publishing.

Dari 1985 hingga 1986 Zaharah menjadi Editor Urusan di Pustaka Cipta Sdn. Bhd.

Zaharah meninggalkan Pustaka Cipta setelah mendapat Dana DERMA CIPTA Dewan dari Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat penyelidikan tentang perjuangan Panglima Salleh Selempang Merah yang mengetuai orang kampung membenteras kegiatan dan kezaliman komunis Bintang Tiga dalam tahun 1945 di Batu Pahat, yang kemudian ditulis dalam bentuk novel menggunakan judul Panglima Salleh Selempang Merah.

Pada 1988, Zaharah menerima pelawaan Pakar Sakit Puan terulung, Dr. Hamid Arshad yang waktu itu menjadi Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk menjadi editor majalah Timang keluaran LPPKN. Zaharah berkhidmat di badan berkanun tersebut sehingga 1995, apabila beliau memilih untuk menjadi penulis sepenuh masa.

Zaharah menulis novel terpanjang di Malaysia (1351 halaman) berjudul Anugerah (1995), mengenai sejarah perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union dan seterusnya menuntut kemerdekaan. Para pengkaji menyifatkan Anugerah bukan sekadar sebuah novel sejarah, tetapi juga novel politik dan femenisme iaitu tiga dalam satu. Novel ini berakhir dengan perisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. Setakat ini belum ada novel lain berjaya memecahkan rekod Anugerah terbitan DBP itu. Novel Anugerah jugalah yang membawakan tuah kepada penganugerahan Sea Write Arawd di Bangkok Thailand. Di samping itu Anugerah juga sudah beberapa kali diteaterkan. Beberapa tokoh sastera mengakui novel Anugerah sebagai maha karya Zaharah Nawawi.

Dari 1997 hingga 1998, Zaharah menjadi Karyawan Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menyiapkan buku proses kreatifnya berjudul Merentas Laluan.

Semenjak 1989 menerusi cerpen Suara Ombak (Dewan Budaya) dan Emak Tak Marah Lagi, (Mingguan Malaysia) beliau banyak memenangi hadiah. Terakhir beliau memenangi hadiah utama Hadiah Sastera Darul Ta’zim V menerusi kumpulan puisi Warna dan Wajah, dan cerpen Suara yang sarat dengan makna yang tersirat.

Dengan cita-cita mahu melatih penulis pelapis supaya menjadi penulis yang benar-bernar berwibawa, mulai 1993 Zaharah mengadakan bengkel-bengkel penulisan meliputi beberapa genre, termasuk novel, cerpen, puisi, kritikan, drama radio, bahasa, undang-undang dan rencana. Pada November 1997, Zaharah menubuhkan kelab penulisannya sendiri dengan nama KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) yang ahlinya terdiri daripada penulis/peserta yang pernah mengikuti bengkel-bengkelnya. Dengan itu tercatatlah dalam sejarah kesusasteraan dan penulisan negara bahawa Zaharah Nawawi adalah satu-satunya penulis/sasterawan yang berdikari melatih penulis pelapis tanpa dinaungi mana-mana pihak.

Dan kelab Zaharah bukan sahaja kekal hidup sehingga sekarang, malah antara kelab yang tergiat mengadakan bimbingan kepada penulis/bakal penulis yang ingin memenuhkan dada dengan pelbagai ilmu penulisan.

Hasil daripada usaha gigih membimbing berkenaan telah ramai lahir penulis berwibawa dan berketrampilan seperti Faisal Tehrani, Siti Jasmina Ibrahim (sekadar menyebut beberapa nama) yang boleh dikatakan sudah berada di puncak kejayaan dan sukar digugah zaman di samping ramai lagi yang baru muncul dan sedang melakar nama seperti Mohd Kholid Hamzah, Tiras R, Haryati Abu Nasir, W.B Rendra dan Ibnu Ahmad Al-Kurawi (sekadar menyebut beberapa nama.)

Usaha berterusan Zaharah membimbing dan melahirkan penulis berjaya telah membuka mata banyak pihak. Selain sering diundang menjadi pembimbing di bidang penulisan kreatif, pada Disember 2004 Zaharah diminta oleh Dewan Bahasa dan Pustaka membimbing 23 penulis yang menjadi ahli Kepezi untuk melahirkan novel industri. Hasilnya 20 buah novel yang bertemakan pelbagai jenis industri berjaya disiapkan dalam tempoh enam bulan. Dan mulai Jun 2006 Zaharah ditawarkan menjadi pembimbing tetap bengkel cerpen tajaan Bahagian Sastera DBP yang diadakan diseluruh negara melalui Zon Tengah, Zon Timur, Zon Utara, Zon Selatan, Zon Sarawak dan akhirnya bengkel cerpen DBP Zon Sabah diadakan dari 1 hingga 3 Disember 2006.

Karya-karya Zaharah terutama Jalur Sinar Di Celah Daun dan Anugerah menjadi bahan kajian sarjana dan ilmuan di benua Eropah: Peranchis, Denmark dan Australia.

Pada 2001 Zaharah menerima Geran Penulis daripada Dewan Bahasa untuk membuat novel penyelidikan (novel indusrti) berlatar belakangkan Paris, Grasse (Kota Minyak Wangi terletak 1,000 km dari Paris) dan Malaysia. Zaharah sudah menyiapkan novel yang diberi judul Haruman Kencana.

Melalui novel Cinta Penyerahan dan Tragedi, Zaharah berjaya memecahkan tradisi penulisan negara yang selama ini hanya ditulis seorang pengarang bagi sebuah novel, dengan menghasilkan karya yang ditulis berdua bersama Hamidah Kamaruddin. Sementara Warna & Wajah adalah kumpulan puisi pertama Zaharah, terbit pada 2003.

Karya Zaharah Nawawi yang telah terbit:

Novel Dewasa


1. Sebelum Berhujungnya Musim Bunga 1972 (Pustaka Melayu Baru)
2. Jalur Sinar Di Celah Daun 1984 (Edisi 1 – Berita Publishing)
3. Persisir Hitam 1985 (Pustaka Cipta)
4. Menuju Ke Puncak 1987 (DBP)
5. Selamat Datang Adzie Farahah 1988 (Marwilis Publisher)
6. Panglima Saleh Selampang Merah 1988 (DBP)
7. Anugerah 1995 (DBP)
8. Cinta Penyerahan Tragedi (ditulis bersama Hamidah Kamaruddin) 2003 (Haqaf Ent.)
9. Hujan Sudah Teduh 2004 (DBP)
10. Haruman Kencana 2004 (DBP)
11. Jalur Sinar Di Celah Daun 2007 (Edisi 2 – Alaf 21)
12. Bulan dan Mentari 2007 DBP (Pemenang sagu hati syembara sempena perayaan Jubli Emas DBP)
**13. Bergulung Bagai Gelombang (ditulis bersama 10 ahli Kepezi). Dalam proses diolah semula.
**14. Perempuan Pendayung Perahu – sedang dalam proses penganyaman

Novel kanak-kanak :


1. Ebe dan Eme 1988 (DBP)
2. Wira dan Tuah (3 siri) 1993 (DBP)
Siri 1: Ke Mana Wira
Siri 2: Mencari Hujan Emas
Siri 3: Wira Anak Berjasa

Kumpulan cerpen kanak-kanak:
1.Komputer Baru Untuk Mama

Buku biografi/autobiografi:

1. AZAH AZIZ
KARTIKA DI LANGIT SENI (biografi)
2. Merentas Laluan
(autobiografi Zaharah Nawawi)
3. Paksi
(autobiografi Zaharah Nawawi pada zaman remaja)


Kumpulan Puisi:
1. Warna & Wajah – Memenangi kategori kumpulan puisi Hadiah Sastera Darul Ta’zim ke 5.


Kumpulan Cerpen:

Percikan Bara
Nasib
Suara Ombak
Di Hujung Penantian
Wangian Bukit Peranginan
Semangat Bunga
Orang Perjuangan (Kumpulan cerpen pilihan seabad.)

*Antologi Cerpen Bersama sekitar 40 buah.



Pengalaman Dalam Kerjaya
*Tamat darjah 6 Sekolah Melayu Kampung Parit Jawa Mukim 4 Batu Pahat Johor pada 1952.
1. 1957 -- 1961 : Guru bahasa Melayu di sekolah Rendah dan Menengah Jenis Kebangsaan Cina, Yong Peng, Johor. 2. 1961 -- 1966: Kerani kutipan tambang di Syarikat Penambang Melayu Batu Pahat, Johor. 3. 1966 -- 1968: Juruhebah, jurutaip dan penterjemah sambilan di bahagian siaran antarabangsa (Suara Malaysia) Perbadanan Penyiaran Jepun (NKH), Tokyo, Jepun. 4. 1968 -- 1975: Wartawan di Syarikat Utusan Melayu (M) Bhd. di Kuala Lumpur. a. 1968-1971 – Pengelola halaman sastera/penulis rencana ‘Kisah Masyarakat’ di Mingguan Malaysia. b. 1971-1975 -- Anggota Sidang Pengarang Majalah WANITA c. 1975-1976 -- Ketua Redaksi majalah MASTIKA.
5. 1976 -- 1985: Wartawan di Berita Publishing Sdn. Bhd (anak syarikat kumpulan akhbar NST) Kuala Lumpur.
a. 1976-1977 -- Pemberita gred B di majalah JELITA b. 1977-1980 -- Penolong Pengarang JELITA c. 1980-1982 -- Pengarang majalah JELITA d. 1982-1985 -- Pengarang 'Am Penerbitan Berbahasa Melayu (merangkumi majalah dan buku) terbitan Berita Publishing.
e. 1985 -- Wartawan Pelatih di Berita Harian
6. 1985 -- 1986: Editor Urusan Di Pustaka Cipta Sdn. Bhd. 7. 1986 -- 1988: Penulis bebas. 8. 1988 -- 1995: Editor Majalah Timang Terbitan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. 9. 1995 -- Kembali menjadi penulis sepenuh masa.
10. Jun 1997 –Mei 1998: Karyawan Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka, K.L dengan projek penulisan autobiografi Merentas Laluan

Panel Penilai Sayembara
1. Ketua Panel Hakim Peraduan Menulis Novel Kanak-Kanak DBP; 1991
2. Panel Hakim Peraduan Menulis Cerpen Guru DBP-BPG; 1998
3. Ketua Panel Hakim pertandingan cerpen Alam Sekitar kategori Pelajar anjuran Kementerian Alam Sekitar; 2000
4. Panel Hakim Peraduan Cereka Sains - cerpen dan puisi - Karya net DBP; 2002
5. Panel Hakim Peraduan Cerpen Perpaduan – Kementerian Perpaduan Negara- DBP; 2003
6. Panel Hakim Peraduan Cereka Sains - cerpen dan puisi - Karya net DBP ; 2003
7. Panel Hakim Peraduan Cereka Sains - cerpen dan puisi - Karya net DBP; 2004
8. Panel Hakim Peraduan Cereka Sains - cerpen dan puisi - Karya net DBP; 2005
9. Ketua Panel Hakim pertandingan cerpen Sempena Hari Buku Sedunia DBP; 2007
10. Panel Penilai Sayembara Mengarang Cerpen Sempena 50 Tahun Merdeka; DBP; 2007

Hadiah Sastera
1. Pemenang Sagu Hati Hadiah Sastera Utusan - Public Bank 1986 menerusi cerpen Emak Tak Marah Lagi
2. Pemenang Hadiah Sastera Malaysia 1988/1989 menerusi cerpen Suara Ombak
3. Pemenangi Sagu Hati Hadiah Cerpen DBP/Maybank 1994/1995menerusi cerpen Kereta Air
4. Pemenang Ketiga Pertandingan Cerpen Berunsur Islam ke 8 anjuran JAKIM-DBP 1994 menerusi cerpen Perjalanan Yang Jauh
5. Pemenang Hadiah Penghargaan pertandingan Cerpen anjuran Pejabat Kebudayaan Negeri Pulau Pinang/YTL - Berita Harian Sempena Bulan Budaya 1996 menerusi cerpen Orang Bertopeng
6 . Pemenang Sagu Hati Hadiah Sastera Utusan – Public Bank 1996 menerusi cerpen Anak-anak Suria
7. Pemenang Hadian Sastera Darul Ta’zim 1 kategori cerpen eceran 1996 menerusi cerpen Perjalanan Yang Jauh
8. Pemenang Hadiah Sastera Darul Ta’zim 1 1966 kategori buku Kumpulan Cerpen Suara Ombak
9. Pemenang Kedua Pertandingan Cerpen Berunsur Islam ke 10 anjuran JAKIM - DBP 1996 menerusi cerpen Air Mata Lelaki 10. Pemenang Sagu Hati Pertandingan Cerpen Esso-Gapena ke 10, 1997 menerusi cerpen Wangian Bukit Peranginan
11. Pemenang Utama Hadiah Sastera Utusan- Public Bank 1999 menerusi cerpen Pemain Catur12. Pemenang Hadiah Sastera Darul Ta’zim 2 1999 kategori cerpen eceran menerusi cerpen Pemain Catur
13. Pemenang Hadiah Sastera Darul Ta’zim 2 1999 kategori puisi eceran menerusi puisi Perempuan Tua dan Penghantar Surat
14 Pemenang Sagu Hati Hadiah Sastera Formula Malaysia 2000 ... menerusi cerpen Semangat Bunga
15. Pemenang Hadiah Sastera Darul Ta’zim 3 2001 kategori cerpen eceran menerusi cerpen Sehangat Montmart
16. Pemenang Hadiah Sastera Darul Ta’zim 4 2003 kategori buku Kumpulan Cerpen Wangian Bukit Peranginan
17. Pemenang Hadiah Sastera Darul Ta’zim 5 2005 kategori buku Kumpulan Puisi Warna dan Wajah
18. Pemenangi Hadiah Sastera Darul Ta’zim 5 2005 kategori cerpen eceran menerusi cerpen Suara
19. Pemenang Sagu Hati Hadiah Sastera Utusan – Exxon Mobil 2005 menerusi cerpen Gadis Bunga Di Tasik Dal
20. Pemenang Sagu Hati Hadiah Sastera Utusan-Exxon Mobil 2005 menerusi cerpen Mergastua dan Kotak Batu
21. Pemenang kategori A Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2004 – 2005 menerusi autobiografi Merentas Laluan
22. Pemenang Sagu Hati Pertandingan novel sempena sambutan jubli emas DBP 2006 menerusi novel Bulan dan Mentari
23, Pemenang Sagu hati Hadiah Sastera Utusan-Exxon Mobil 2006 menerusi cerpen Sebatang Besi Buruk
24. Pemenang Penghargaan Hadiah Sastera Darul Ta’zim 2007 menerusi cerpen Sebatang Besi Buruk
25. Pemenang Hadiah Penghargaan HSKU-Exxon Mobil 2008 menerusi cerpen Laut Tetap Bergelora


Hadiah penulisan pengguna
1. Pemenang Sagu Hati Penulis Artikel Pengguna anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – Institut Akhbar Malaysia 1998 menerusi majalah Dewan Budaya terbitan DBP.
2. Pemenang Sagu Hati Anugerah Media Massa kategori penulis artikel majalah anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – Institut Akhbar Malaysia 1999 menerusi majalah Dewan Budaya terbitan DBP.
3. Pemenang Ketiga Hadiah Galakan Tahunan Penulisan Industri Perfileman Malaysia 1999 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional.
4. Pemenang Terbaik Anugerah Media Massa kategori penulis artikel majalah anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – Institut Akhbar Malaysia 2000 menerusi majalah Dewan Budaya terbitan DBP.
5. Pemenang Terbaik Anugerah Media Massa 2001 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – Institut Akhbar Malasyia 2001 menerusi majalah Dewan Budaya terbitan DBP
Esei Dan Kritikan untuk karya-karya Zaharah:


GENRE NOVEL

Anwar Ridhwan
* Memugar Sejarah untuk Sebuah Novel
* Mengikuti Novel Panglima Salleh Selimpang Merah

Amida Abdul Hamid
* Yang Zaiton sebagai Metafora Kehidupan dan Emosi Pencerminan Subbudaya dalam Hujan Sudah Teduh
* Haruman Kencana: novel idealistik berbentuk tiga bulatan konsentrik

Che Abdullah Che Ya
* Hujan Sudah Teduh : Sebuah Penelitian Psikoanalisis

Mawar Shafei
* Haruman Kencana: Pembikinan Sebuah Novel Idealistik
* Panglima Salleh Selimpang Merah: Dari Hipoteks Sejarah


Mohamad Mokhtar Hassan
*Feminisme, Konseptual, Intertekstualiti dan Falsafah dalam Haruman Kencana
Emosi Dalam Novel Panglima Salleh Selempang Merah : Satu Penerapan Teori
* Feminisme: Dari Diri Penulis Wanita dalam Arus Kelangsungan Sastera

Mohamed Saleeh Rahamad
* Haruman Kencana: Meruntuhkan Wacana Patriarki

Monique Zaini-Lajoubert
* Haruman Kencana, Novel Idealis
* Renungan Mengenai Novel Wanita Malaysia

Rosnah Baharudin
* Sungai Sejarah dalam Laut Sastera: Anugerah Zaharah Nawawi
* Hujan Sudah Teduh: Feminisme ala Zaharah Nawawi
* Penulis Wanita Johor: Dari Ibu Zain ke Hasidah Disan
* Zaharah Nawawi: Novelis Yang Memartabatkan Wanita


S.M. Zakir
* Novel Sebagai Cita-Cita Masyarakat
Shahnon Ahmad
*Novel Anugerah Karya Zaharah Nawawi

Siti Hajar Che Man
*Ekspresi Pengalaman Wanita sebagai Ciri Asas dalam Pembentukan Citra Wanita

Ungku Maimunah Mohd Tahir
* Tema Wanita dalam Novel Anugerah Zaharah Nawawi
* Jalur Sinar di Celah Daun dan The Colour Purple: Perbandingan Tema Wanita
* Wanita dan Politik dalam Novel Anugerah oleh Zaharah Nawawi
* From Private to Public Sphere: Women Characters in Zaharah Nawawi


GENRE CERPEN

Lisbirth Littrup
* Changing Concept of Identity in Malay Literature After 1957: An Analysis of the Short
Stories of Five Malay Women Writers.

Mawar Shafei
* Pemikiran dalam Wangian Bukit Peranginan Zaharah Nawawi
* Zaharah Warnai Kanak-kanak Tiga Dekad

Rosnah Baharudin
*Semangat Bunga: Pengukuhan Identiti Wanita dan Peningkatan Teknik Penulisan

Siti Aisah Murad
*Wanita di Tangan Pengarang Wanita dalam Orang Perjuangan

Raja Rajeswari Seetha Raman
* Konsepsi Kasih Sayang Zaharah


GENRE PUISI

Rahman Shaari
*Warna dan Wajah: Zaharah Sudah Berarah

Mahaya Mohd Yassin
*Gaya Pengungkap Citra Warna dan Wajah


Penulis Kolum

1. Siti Payung – majalah Jelita dari 1977 hingga 1982
2. Detik Waktu – majalah Perempuan dari mula terbit sehingga 2002
3. Rencana Pengguna – majalah Dewan Budaya dari 1998 hingga 2001
4. Suara Kencana – majalah WANITA dari Oktober 2006 hingga sekarang







No comments: