Friday, June 19, 2009

TAHNIAH AHLI KEPEZI YANG MEMENANGI HSKU 2008

Tahniah atas kemenangan yang disampaikan esok 19 Jun 2009 dalam majlis HSKU-Exxon Mobil 2008 di Istana Budaya

Nemo Kecil (Dr Mawar Shafei,) moderator Kepezi On Line (kool2oo4) , Al Kalbu (Ibnu Ahmad Al Kurauwi), Zana (Zanazanzaly,) Salman Sulaiman, SF (Serunai Faqir) dan Min (Aminah Mokhtar)

Tahniah setinggi-tingginya atas kejayaan anlian memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan/Exxon Mobil bagi tahun 2008. Tahniah, tahniah, tahniah. Teruskan langkah bergaya anda.


Tahniah juga kepada warga Kepezi yang karyanya melepasi beberapa saringan. Nama-nama ini dicatat dalam Buku Pemenang Cerpen dan Puisi bagi kategori dewasa dan remaja HSKU-Exxon Mobil 2008 di Istana Budaya, sebagai karya yang sama-sama dinilai untuk disenaraipendekkan dan dibawa Ke peringkat Akhir.

Kategori Dewasa

1. Apabila Alam Berbicara (Rozais Al –Anamy) 2. Cahaya dari Batu (Zawan Baba) 3. Cermin Bawah Jambatan (Zaharah Nawawi) 4. Dewangga Rohani (Serunai Faqir) 5. L(A)genda Setelah Setengah Windu (WB Rendra) 6. Raja Sembur (Nassury Ibrahim - sahabat Kepezi)

7. Terkilan (Zamidah Hashim)

Kategori Remaja

1. Kepulangan Syawal (Akhi Masrawi) 2. Khatimah Sebuah Ekstradisi (Nasriah Abdul Salam) 3. Rindu Ini Cikgu (Zaid Akhtar)

Catatan*

Ahli Kepezi - ialah penulis yang pernah mengikuti bengkel KEPEZI bimbingan Zaharah Nawawi dengan membayar yuran. Peserta begini diberi taraf ahli tanpa perlu membayar apa-apa yuran lagi sebagai Ahli Kelab.

Sahabat Kepezi – ialah penulis yang pernah mengikuti bengkel KEPEZI atas tajaan penganjur contohnya bengkel penulisan cerpen anjuran DBP di bawah bimbingan Zaharah Nawawi. Terdapat juga penulis yang tidak menyertai mana-mana bengkel tajaan namun diundang khusus menjadi sahabat Kepezi oleh Presiden Kepezi sendiri dengan persetujuan moderator, atas rasa hormat, ingin berkongsi pengalaman dan pemikiran dengan warga Kepezi. Sahabat Kepezi yang kemudian menyertai bengkel Kepezi berbayar akan diiktiraf sebagai Warga Kepezi.

Thursday, June 18, 2009

Bengkel Penulisan Cerpen KEPEZI 3-2009


“Jika seseorang sudah mencapai tahap membaca yang tinggi, secara semula jadi akan terpanggil untuk memindahkan ilmu pengetahuan yang didapatinya dalam bentuk penulisan.”(Hamka)


RAMAI penulis boleh mencipta karya kreatif sama ada cerpen mahupun novel, namun tidak ramai penulis mempunyai ilmu penulisan yang baik. Penulis yang bagus dan berjaya ialah penulis yang berilmu tentang apa yang hendak dihasilkan.

Bagi tujuan melengkapkan penulis sepenuhnya dengan ilmu penulisan juga kemahiran penyuntingan, Kepezi (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dengan kerjasama DBP akan mengadakan bengkel penulisan karya kreatif.

Maklumat lanjut seperti berikut:

1. Jenis bengkel: Penulisan karya kreatif

2. Tarikh: 01 dan 02 Ogosr 2009 (Sabtu dan Ahad)

3. Tempat: Dewan Bahasa dan Pustaka, KL

4. Penganjur: Kepezi

5. Waktu: dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang (bagi kedua-dua hari)

6. Makan Minum: Disediakan

7. Peserta: Terbuka kepada semua peringkat usia

8. Pembimbing: Zaharah Nawawi dan Mawar Shafei

9. Jumlah peserta: antara 20 orang

10. Penginapan: Tidak disediakan

11. Setiap bakal peserta dikehendaki menyediakan cerpen sepanjang 8 halaman ditaip lengkau 2 baris dan menggunakan jenis huruf Times New Roman. Hantar cerpen melalui e-mel kepada nemoku@tm.net.my selewatnya pada 24 Julai 2009

Keterangan lajut menyertai bengkel ini sila berhubung melalui e-mel kepada nemoku@tm.net.my tel: 016-255 7030, 03-5635 3733 Sila sertakan nama dan alamat penuh, no telefon, e-mel serta no kad pengenalan sebelum 24 Julai 2009

* Peserta yang mendaftar awal akan diutamakan.

* Sebarang perubahan tarikh dan tempat, akan dimaklumkan kepada bakal peserta melalui e-mel peribadi, kol2004, http://kepezi.blogspot.com/ juga cara-cara lain termasuk sms.

* Setiap peserta yang mengikuti bengkel ini secara automatik akan jadi ahli Kepezi yang tidak perlu membayar sebarang yuran tanpa tempoh masa.





Kreadit gambar: http://nmsu.edu

Tuesday, January 6, 2009

BENGKEL PENULISAN KEPEZI SEJAK 1993 - 208

Senarai Bengkel penulisan Kepezi sejak 1993 (yang dikendalikan oleh Zaharah Nawawi
selaku pembimbing dan pemudah cara) hingga 2008

Antaranya:

1. 05 bengkel penulisan cerpen sepanjang tahun 1993 diadakan di bilik seminar LPPKN Jalan Raja Laut K.L: Pembimbing Zaharah Nawawi

2. 03 bengkel susulan penulisan cerpen sepanjang 1993 diadakan di banglo LPPKN di Port Dickson, Negeri Sembilan: Pembimbing Zaharah Nawawi

3. 07 bengkel intensif cerpen/novel 1994 diadakan di Dataran Usahawan Negara, Medan Mara Jalan Raja Laut KL:. Pembimbing Zaharah Nawawi

4. 05 bengkel susulan cerpen/novel 1994 diadakan di banglo LPPKN di Port Dickson N.S: Pembimbing Zaharah Nawawi

5. 04 bengkel intensif cerpen 1995 diadakan di Dataran Usahawan Negara, Medan Mara Jalan Raja Laut, K.L: Pembimbing Zaharah Nawawi

6. 02 bengkel susulan cerpen 1995 diadakan di banglo LPPKN di Taman Pelanduk, Port Dickson N.S: Pembimbing Zaharah Nawawi

7. 02 bengkel intensif cerpen/novel 1996 diadakan di Rumah Gapena, Jalan Dewan Bahasa Kuala Lumpur: Pembimbing Zaharah Nawawi

8. 01 bengkel susulan cerpen/novel 1996 diadakan di Rumah Wartawan Melayu, Jalan Dewan Bahasa Kuala Lumpur: Pembimbing Zaharah Nawawi

9. 01 bengkel intensif penulisan cerpen 1997 diadakan di Rumah Pena, Jalan Dewan Bahasa KL: Pembimbing Zaharah Nawawi

10. 01 Bengkel penulisan cerpen anjuran Kepezi; penceramah undangan A. Rahim Abdullah diadakan di Dataran Usahawan Negara 1977, pemudah cara Zaharah Nawawi

11. 01bengkel susulan penulisan cerpen 1997diadakan di rumah Gapena , Jalan Dewan Bahasa KL.: Pembimbing Zaharah Nawawi

12. 01 Bengkel cerpen pilihan editor akhbar arus perdana anjuran Kepezi 1998; penceramah Undangan Sutung Umar RS. Pemudah cara Zaharah Nawawi

13. Bengkel Cerpen Kanak-kanak anjuran Kepezi – penceramah undangan Dr. Othman Puteh diadakan pada 12 Julai 1998 di Rumah Persatuan Melayu, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka KL . Pemudah cara: Zaharah Nawawi

14. Bengkel susulan penulisan cerpen kanak-kanak anjuran Kepezi – penceramah undangan Dr Othman Puteh diadakan pada 23 Ogos 1998 di Rumah Gapena, Jalan DBP, K.L. Pemudah cara: Zaharah Nawawi

15. Bengkel cerpen/novel remaja anjuran Kepezi – penceramah undangan Khadijah Hashim diadakan pada 15 September 1998 di Dataran Usahawan Negara Jalan Raja Laut KL. Pemudah cara: Zaharah Nawawi

16. Bengkel susulan penulisan cerpen/novel remaja anjuran Kepezi – penceramah undangan Khadijah Hashim 16 Sept. 1998 di Dataran Usahawan Negara Jalan Raja Laut KL Pemudah cara Zaharah Nawawi

17. Bengkel penulisan cerpen anjuran Kepezi bimbingan Zaen Kasturi 1998 Di Dataran Usahawan Negara Medan Mara Jalan Raja Laut KL. Pemudah cara Zaharah Nawawi

18. Bengkel Membina Pengkritik Pelapis anjuran Kepezi – Penceramah undangan Dr. Prof. Ungku Maimunah Mohd. Tahir diadakan pada 18, 19 dan 20 Oktober 1998 di Rumah Gapena Jalan Dewan Bahasa KL. Pemudah cara Zaharah Nawawi

19. Bengkel Penulisan untuk Penulis Muda Sabah anjuran Majlis Belia/DBP Sabah di Kota Belud Sabah pada 7 dan 8 Ogos 1998; pembimbing Zaharah Nawawi

20. Bengkel susulah membina Pengkritik Pelapis anjuran Kepezi – Penceramah Dr Prof. Ungku Maimunah Mohd. Tahir di adakan pada 23 Oktober 1998 di Rumah Gapena Jalan Dewan Bahasa Kuala Lumpur. Pemudah cara: Zaharah Nawawi

21. Bengkel intensif cerpen diadakan pada 12 dan 13 Disember 1998 di Rumah Gapena, Jalan Dewan Bahasa KL: Pembimbing Zaharah Nawawi

22. Bengkel intensif cerpen (susulan) di adakan pada 25 dan 26 Disember 1998 di Rumah Wartawan Melayu Jalan Dewan Bahasa KL: pembimbing Zaharah Nawawi

23. 10 bengkel penulisan cerpen sepanjang 1999 diadakan di Rumah Gapena Jalan Dewan Bahasa: Pembimbing Zaharah Nawawi

24. 10 bengkel susulan penulisan cerpen sepanjang 1999 diadakan di Dataran Usahawan Negara: pembimbing Zaharah Nawawi

25. 8 bengkel intensif cerpen sepanjang tahun 2000 diadakan Di Dataran Usahawan Negara KL: Pembimbing Zaharah Nawawi

26. 8 bengkel susulan intensif cerpen sepanjang 2000 diadakan di Dataran Merdeka Jalan Raja Laut KL; Pembimbing Zaharah Nawawi

27. Bengkel penulisan puisi anjuran Kepezi bimbingan Rahman Shaari diadakan di Rumah Gapena pada 28 dan 29 April 2001. Pemudah cara: Zaharah Nawawi

28. Bengkel Falsafah dalam kesusasteraan anjuran Kepezi bimbingan Dr Amida @ Hamidah Abdul Hamid pada 27 dan 28 Oktober 2001 diadakan di Rumah Pena Jalan Dewan Bahasa KL: Pemudah cara Zaharah Nawawi

29. 7 bengkel intensif cerpen/novel 2001 diadakan di Rumah Gapena: bimbingan Zaharah Nawawi

30. 7 bengkel susulan bengkel intensif cerpen/novel 2001diadakan di Dataran Usahawan Negara Medan Mara, Jalan Raja Laut KL. Pembimbing Zaharah Nawawi

31. Bengkel cerpen untuk penulis wanita Kelantan dan Terengganu anjuran DBP Wilayah Timur di Kota Baru Kelantan pada 2001; pembimbing Zaharah Nawawi

32. Bengkel cerpen untuk penulis wanita Kelantan dan Terengganu (bengkel susulan) anjuran DBP Wilayah Timur di Kuala Terengganu pada 2001; pembimbing Zaharah Nawawi

33. 3 bengkel Pembimbing Pelapis 2001 diadakan di Rumah Gapena Jalan Dewan Bahasa: Pembimbing Zaharah Nawawi

34. 7 bengkel intensif cerpen/novel 2002 di Dataran Usahawan Negara Jalan Raja Laut KL: Pembimbing Zaharah Nawawi

35. 7 bengkel intensif cerpen/novel 2002 di Dataran Usahawan Negara Jalan Raja Laut KL (Bengkel Susulan) : Pembimbing Zaharah Nawawi

36. Bengkel penulisan cerpen anjuran DBP Sarawak pada 15-17 September 2002 diadakan di DBP cawangan Kuching Sarawak: pembimbing Zaharah Nawawi

37. Bengkel penulisan novel anjuran Kepezi bimbingan SN Dato’ Dr A. Samad Said diadakan pada 19 dan 20 Oktober 2002 di Rumah Pena Jalan Dewan Bahasa: pemudah cara Zaharah Nawawi

38. 5 bengkel penulisan cerpen anjuran Kepezi diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka sepanjang tahun 2003 bimbingan Zaharah Nawawi dan Mawar Shafie

39. 5 Bengkel susulan penulisan cerpen anjuran Kepezi di adakan di Rumah Persatuan Wartawan Melayu Malaysia, Jalan DBP sepanjang 2003: pembimbing Zaharah Nawawi dan Mawar Shafei

40. 5 bengkel penulisan intensif cerpen anjuran Kepezi sepanjang 2004 diadakan di Dataran Usahawan Negara Jalan Raja Laut KL; pembimbing Zaharah Nawawi

41. 5 bengkel intensif cerpen (susulan) anjuran Kepezi sepanjang 2004 diadakan di Rumah Persatuan Wartawan Melayu KL: Pembimbing Zaharah Nawawi

42. Bengkel novel khusus untuk ahli Kepezi anjuran Bahagian Penerbitan DBP pada 4-6 Disember 2004 diadakan di Hotel Hilton Petaling Jaya: Pembimbing Zaharah Nawawi

43. Bengkel novel khusus untuk ahli Kepezi anjuran Bahagian Penerbitan DBP pada 10-12 Januari 2004 diadakan di DBP: Pembimbing Zaharah Nawawi

41. Bengkel penulis pelbagai kaum anjuran Bahagian Sastera Moden DBP diadakan pada 12-13 Ogos di Hotel Equatorial Bangi: Pembimbing Zaharah Nawawi

** Sepanjang 2005 tiada bengkel sebab seluruh tumpuan perhatian dan masa diberikan kepada usaha melahirkan- membimbing secara on line dan menyunting novel yang dihasilkan (20 novel daripada 23 peserta) hasil kerjasama dengan Bahagian Penerbitan DBP.

42. Bengkel intensif cerpen anjuran Kepezi diadakan pada 24-26 April 2006 di Dewan Kuliah DBP. Pembimbing: Zaharah Nawawi

43. Bengkel penulisan cerpen Zon Tengah anjuran Bahagian Pengembangan
Sastera Kebangsaan Jabatan Sastera DBP pada 2-4 Jun 2006 di Hotel
Residence UNITEN, Bandar Baru Bangi: Pembimbing Zaharah Nawawi

44. Bengkel penulisan cerpen Zon Timur anjuran Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan Jabatan Sastera DBP pada 7-9 Julai 2006 di Residence Resort, Paka Terengganu. Pembimbing Zaharah Nawawi

45. Bengkel penulisan cerpen Zon Utara anjuran Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan Jabatan Sastera DBP pada 21 – 23 Julai 2006 di Langkasuka Beach Resort Langkawi: Pembimbing Zaharah Nawawi

46. Bengkel penulisan cerpen Zon Selatan anjuran Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan Jabatan Sastera DBP pada 25 – 27 Ogos 2006 di Resort Seri Warisan, Air Keroh Melaka: Pembimbing Zaharah Nawawi

47. Bengkel penulisan cerpen Zon Sarawak anjuran Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan Jabatan Sastera DBP pada 15 – 17 September 2006 di Hotel Harbour View, Kuching Sarawak: Pembimbing Zaharah Nawawi

48. Bengkel penulisan cerpen Zon Sabah anjuran Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan Jabatan Sastera DBP pada 21 – 23 Disember 2006 di Hotel Tang Dynasty Kota Kinabalu, Sabah: Pembimbing Zaharah Nawawi

49. Bengkel penulisan cerpen Penulis Pelbagai Kaum anjuran Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan Jabatan Sastera DBP pada 04 – 06 Mei 2007 di Hotel De Palma Ampang. Kuala Lumpur

50. Bengkel penulisan Bakal Pesara anjuran Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan Jabatan Sastera DBP pada 25-27 Mei 2007 di Hotel Dynasty, Jalan Ipoh Kuala Lumpur

51. Bengkel penulisan cerpen Penulis Muda (1) anjuran Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan Jabatan Sastera DBP pada 15-17 Jun 2007 di Hotel Radius International Kuala Lumpur: Pembimbing Zaharah Nawawi

52. Bengkel penulisan cerpen Penulis Muda (2) anjuran Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan Jabatan Sastera DBP pada 10 – 12 Ogos 2007 tempat di Mandarin Court Kuala Lumpur : Pembimbing Zaharah Nawawi

53. Bengkel penulisan Musim Panas Karyawan Muda luar negara anjuran Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan Jabatan Sastera DBP pada 06-08 Ogos 2007 di Mandarin Court Kuala Lumpur: Pembimbing Zaharah Nawawi

54. Ceramah Puitika Sastera Melayu dalam bengkel cerpen Penulis Muda (2) dan bengkel Penulisan Novel bimbingan Faisal Tehrani pada 10-12 Ogos 2007 di Mandarin Court Kuala Lumpur anjuran Pengembangan Sastera Kebangsaan Jabatan Sastera DBP : Penceramah Zaharah Nawawi

55. Bengkel Penulisan Cerpen kepada kumpulan e.sastera, anjuran Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan, Jabatan Sastera DBP Jabatan Sastera DBP pada 26-28 Ogos 2008 di Hotel New Pasifik Kota Bharu Kelantan: pembimbing Zaharah Nawawi

56. Bengkel Penulisan Cerpen Guru-Guru Negeri Sembilan anjuran Jabatan Pelajaran N. S pada 05-07 Ogos 2008 di Kompleks Teknologi Pertanian Ulu Sepri Pedas, Negeri Sembilan. Pembimbing Dato Dr Anwar Ridhwan, Prof Rahman Shaari dan Zaharah Nawawi

57. Bengkel Susulan Penulisan Cerpen Guru-Guru Negeri Sembilan anjuran Jabatan Pelajaran Ns pada 28-30 Oktober 2008 di Hotel Bayu Port Dickason, N. Sembilan. Pembimbing: Datuk Dr Anwar Ridhwan, Doktor Mawar Shafie dan Zaharah Nawawi,

58. Bengkel Penulisan intensif Cerpen-Novel untuk para profesional anjuran UKM- Kepezi pada 1-2 Nov di Dewan Kuliah UKM Bangi Selangor: Pembimbing Mawar Shafie dan Zaharah Nawawi

59. Bengkel Penulisan Cerpen DBP-Persatuan Penulis Kelantan pada 27-29
November 2008 Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.

60. Bengkel penulisan dan penyuntingan karya kreatif anjuran Kepezi pada 13-14 Disember 2008 di Dewan Latihan tingkat 7 DBP. Pembimbing: Hamidah Kamaruddin dan Zaharah Nawawi. Bengkel ini kemudian bertukar dikendalikan oleh Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan DBP lalu ditukar nama kepada Bengkel Penulis Muda diadakan dari 12-14 Disember 2008 di Hotel Dynasty K.L dan yuran peserta dimansuhkan. Pembimbing Zaharah Nawawi.

Dan, tirai 2008 pun berlabuh. Diari 2008 ditutup.

Monday, December 22, 2008

REZEKI SI PENGGALI ILMU




MASIH ingat tentang promosi bengkel penulisan dan penyuntingan karya kreatif Kepezi-DBP? Tarikh 13-14 Disember 2008, jumlah peserta yang diperlukan 20 orang. Tempat di Dewan Latihan tingkat 7 DBP. Bayaran RM300 seorang. Seramai 20 peserta sudah menunggu untuk menambah ilmu dalam bengkel tersebut.

Tiba-tiba sekitar dua minggu sebelum tiba masa berbengkel setiap peserta menerima panggilan telefon dari Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan DBP tentang hadir tidaknya dalam bengkel yang dijadualkan. Semua peserta yang tidak sabar mahu menggali ilmu menjawab ‘akan hadir’ biarpun dimestikan membayar dengan mahal. Rezeki penggali ilmu sama dengan rezeki pelombong emas. Ada masanya pulang hampa, ada masanya menemui bongkah emas bergolek.

Inilah yang terjadi. Bengkel penulisan dan penyuntingan karya kreatif bertukar tangan dari Kepezi kepada anjuran BPSK sepenuhnya; menggunakan nama baru: Bengkel Penulisan Cerpen Penulis Muda. Tarikh berubah pada 12-14 Disember 2008. Tempat di Hotel Dynasty. Peserta dikekalkan 20 orang. Paling menarik: bayaran dimansuhkan.Pertukaran penaja ini dari segi moral Kepezi mungkin kehilangan peluang melonjakkan nama. Namun demi memikir manfaat untuk semua Kepezi tidak kisah sangat tentang nama. Demi keselesaan dan kebaikan peserta yang rela berkorban sebahagian duit perbelanjaan bulanan atau mengosongkan tabung simpanan, Kepezi menerima penganjuran itu dengan hati terbuka malah dengan rasa bangga.

Bagi saya bukan siapa yang menaja/menganjurkannya, tapi paling utama siapa antara peserta yang bakal berjaya.Seperti lazimnya, setiap kali bengkel diadakan akan muncul sebutir dua bintang mengerlap di langit sastera. Begitu juga dalam bengkel kali ini. Arca yang sedang diukir sifu pembimbing bakal lahir insya-Allah dalam waktu terdekat.

Salam Hormat,
Zaharah Nawawi






Monday, December 1, 2008

PN. ZAHARAH NAWAWI - DI KOTA BHARU


Pada 27-29 November 2008 yang lalu, pengasas KEPEZI, Puan Zaharah Nawawi telah membimbing bengkel penulisan kreatif (cerpen) di Hotel Renaisance, Kota Bharu. Bengkel penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Penulis Kelantan disertai oleh 24 orang peserta pelbagai peringkat umur.

Kebanyakkan peserta merupakan individu yang sudah memiliki pengalaman dalam bidang penulisan kreatif. Namun begitu, bengkel ini juga turut menarik minat peserta yang belum pernah mendapat pendedahan dalam bidang penulisan.

Disisipkan gambar semasa penutupan bengkel. Jutaan terima kasih buat penganjur, dan disoakan agar peserta terus memanfaatkan ilmu yang diperolehi daripada pembimbing dalam memperkayakan sastera dan dokumentasi bangsa.


Saturday, October 18, 2008

SAMBUTAN AIDILFITRI KEPEZI

12 OKTOBER 2008, Ahad lalu, KEPEZI meraikan aidilfitri di rumah pembimbing dan penanungnya, Zaharah Nawawi di Subang Jaya. Majlis bermula selepas tengah hari, dan dihadiri oleh penulis-penulis KEPEZI yang berada di sekitar Lembah Kelang dan di luar Kuala Lumpur.
Diperturunkan gambar-gambar yang dirakam pada hari sambutan tersebut.


Kholid Hamzah - bersama tatangan bihun


Ada yang menjinjing ketupat palas - Sdr. Nafisah

Amboi...amboi...Sdr. Razali Endun & isteri yang sedondon.


Pemberian Sdr. Soo Cham.
Dengan santai...


Dan, senyum bersedia...



Wednesday, October 15, 2008

Bengkel penulisan dan penyuntingan karya kreatif Kepezi-DBP

RAMAI penulis boleh mencipta karya kreatif sama ada cerpen mahupun novel, namun tidak ramai penulis mempunyai ilmu penyuntingan yang baik. Penulis yang bagus dan berjaya ialah penulis yang boleh menyunting karya sendiri.
Bagi tujuan melengkapkan penulis sepenuhnya dengan ilmu penulisan juga kemahiran penyuntingan, Kepezi (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dengan kerjasama DBP akan mengadakan bengkel penulisan dan penyuntingan karya kreatif.

Andai kata anda berminat menyertai bengkel penulisan dan penyuntingan karya kreatif ini, maklumat lanjut seperti berikut:
1. Jenis bengkel: Penulisan dan penyuntingan karya kreatif
2. Tarikh: 13 dan 14 Disember. 2008 (Sabtu dan Ahad)
3. Tempat: Dewan Bahasa dan Pustaka, KL
4. Penganjur: Kepezi
5. Waktu: dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang (bagi kedua-dua hari)
6. Makan Minum: Disediakan
7. Peserta: Terbuka kepada semua peringkat usia
8. Pembimbing: Zaharah Nawawi dan Dr. Mawar Shafie
9. Jumlah peserta: antara 20-30 orang
10. Penginapan: Tidak disediakan
11. Bayaran: RM300.00 (Tiga Ratus sahaja)
12. Peserta hendaklah menandakan A di halaman pertama (Atas) cerpennya jika memilih untuk menyertai bahagian penulisan karya kreatif, menandakan B jika memilih untuk menyertai bengkel penyuntingan.

Sekiranya anda berhasrat menyertai bengkel ini sila berhubung melalui e-mel kepada nemoku@tm.net.my tel: 016-255 7030, 03-5635 3733 atau mawarshafie@yahoo.com bagi tujuan pendaftaran. Sila sertakan nama dan alamat penuh, no telefon, e-mel serta no kad pengenalan sebelum 08 Dis. 2008

Sebagai peserta anda diperlukan:
1. Menghantar sebuah cerpen sepanjang 8 halaman (tema bebas) ditaip lengkau dua baris, saiz pont 12 menggunakan jenis huruf Times New Roman.
2. Cerpen hendaklah dihantar melalui e-mel kepada nemoku@tm.net.my sebelum 08 Oktober. 2008.
3. Peserta yang belum berdaya menghasilkan cerpen diizin menyertai bengkel ini, dan akan belajar menulis melalui cerpen peserta lain.
4. Peserta yang mendaftar awal akan diutamakan.

Sebarang perubahan tarikh dan tempat, akan dimaklumkan kepada bakal peserta melalui e-mel peribadi, kol2004, http://kepezi.blogspot.com/ juga cara-cara lain termasuk sms.
Setiap peserta yang mengikuti bengkel ini secara automatik akan jadi ahli Kepezi yang tidak perlu membayar sebarang yuran tanpa tempoh masa.